Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Sebanyak 40 keluarga dari Daerah Brunei Muara telah menyertai siri terakhir edisi kelapan inisiatif Let’s Give Back This Ramadan Bank Baiduri, kelmarin.
Keluarga-keluarga tersebut, yang dikenal pasti oleh rakan strategik bank, Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), menikmati aktiviti membeli-belah di Hua Ho Manggis dan Hua Ho Yayasan pada petang dan berbuka puasa pada sebelah malam.
Yang Di-Pertua MKOKU, Malai Didi @ Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah, berkata, “Mari berbakti Ramadan ini bukan sahaja memastikan keluarga di bawah majlis ini berhari raya lebih ceria, malah ia juga meningkatkan kesedaran tentang OKU kerana itu adalah kali pertama orang ramai melihat mereka hadir dalam masyarakat.
“Empati, belas kasihan, kebaikan dan penerimaan, ini semua adalah sifat yang ditunjukkan oleh sukarelawan sepanjang semua acara, memimpin melalui teladan tentang cara menjadi lebih inklusif. Inisiatif tahun ini bermula pada Hari Sindrom Down Sedunia dan berakhir dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang menjadikannya lebih istimewa. Bagi pihak majlis, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Baiduri dan semua sukarelawan di atas impak yang telah awda lakukan ke atas kehidupan keluarga ini dan menjadikan raya ini paling diingati dan menyeronokkan.”
Turut hadir daripada jawatankuasa pengurusan Bank Baiduri untuk acara di Hua Ho Yayasan ialah Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Veronica Chong.
Atas semangat kerjasama, Bank Baiduri meneruskan perkongsiannya dengan Setia Motors, dengan Indera Motors menyertai sebagai rakan logistik tambahan untuk inisiatif itu, membantu dalam mengangkut keluarga dari rumah mereka ke tempat masing-masing dan kembali.
Lebih 90 keluarga dari keempat-empat daerah menyertai inisiatif tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ia disokong oleh lebih 150 sukarelawan daripada Baiduri Cares, sebuah program dalaman di mana pekerja dari Bank Baiduri dan syarikat-syarikat di bawahnya.
Baiduri Finance dan Baiduri Capital boleh menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk pelbagai aktiviti.


