Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Let’s Raya 2024 buka tirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Acara fesyen eksklusif bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Thevent Co, Let’s Raya 2024 membuka tirainya dengan majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas, hari ini.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah berkenan berangkat merasmikan acara yang diadakan buat kali ke-3.

    Acara berkenaan diilhamkan daripada trend pengguna masa kini yang memfokuskan kepada rekaan pakaian yang lebih elegan dan berkualiti.

    Selaras dengan itu, Thevent Co menghimpunkan personaliti terkenal dan jenama berprestij, mewujudkan ekstravaganza membeli-belah yang tiada tandingannya dan menjemput pereka ternama seperti Rizman Ruzaini, Three Little Ahmads dan Ali Reza serta Siti Khadijah.

    Menyertai barisan vendor ialah tokoh terkenal termasuk Puteri Sarah dan Ika Nabilah, yang menawarkan pilihan susun atur fesyen, aksesori dan produk gaya hidup.

    Semasa acara empat hari itu, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan fesyen dan gaya hidup termasuk pakaian raya, alat solek, aksesori kediaman dan banyak lagi.

    Let’s Raya 2024 menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan untuk semua pengunjung.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah semasa berkenan bergambar ramai pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah semasa berkenan mengunjungi salah satu vendor di Dewan Plenari ICC, Berakas. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda