Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan Baghdad korbankan 27 jiwa

    BAGHDAD, 30 Mei – Dua kejadian pengeboman telah membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dan mencederakan lebih daripada 100 orang di Baghdad, para pegawai memberitahu hari ni apabila tentera Iraq berjuang untuk menawan kembali kawasan-kawasan yang ditawan oleh kumpulan Islamic State (IS) di Mosul.

    Dalam dua kejadian berdarah itu, seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan yang dipasang bom di kedai aiskrim terkenal pada tengah malam (2100 GMT), membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 75 orang.

    Pengebom itu meletupkan bom itu selepas beberapa hari sahaja bermulanya bulan suci Ramadan, ketika di mana orang Iraq sering keluar membeli-belah pada lewat hari dan bersosial selepas berbuka puasa.

    IS mengeluarkan satu keterangan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, mengenal pasti pengebom itu sebagai warga Iraq yang menyasarkan komuniti Islam Syiah.

    Kumpulan IS menganggap ahli-ahli majoriti Syiah Iraq termasuk wanita-wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan bom itu sebagai bidaah dan sasaran yang sah untuk diserang.

    Orang ramai berkumpul di kawasan di mana bom itu diletupkan berdekatan Jambatan Al-Shuhada Baghdad. – AFP
    Orang ramai berkumpul di kawasan di mana bom itu diletupkan berdekatan Jambatan Al-Shuhada Baghdad. – AFP

    Pengeboman mati di kedai aiskrim popular di Baghdad telah mengorbankan kira-kira 16 orang, menurut para pegawai hari ini, serangan yang Kumpulan Islam IS mengaku mendalanginya.

    Dalam serangan kedua, satu bom kereta diletupkan berdekatan pejabat pencen utama negara itu yang juga berdekatan jambatan utama di Sungai Tigris, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 41 yang lain.

    Tiada yang segera mengaku bertang-gungjawab atas serangan itu, namun kumpulan IS sering menjalankan pengeboman kereta menyasarkan orang awam di ibu negeri Iraq.

    Serangan-serangan di Baghdad itu tiba apabila tentera Iraq berjuang untuk menawan kembali kawasan-kawasan yang ditawan IS di Mosul, bandar yang menjadi kubu kuat kumpulan itu.

    IS menguasai kawasan luar di utara dan barat Baghdad pada tahun 2014, tetapi pasukan Iraq dengan bantuan serangan udara pasukan campuran sejak itu merampas semula wilayah itu dan kini berperang untuk merampas semula kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pejuang jihad, di bandar kedua, Mosul.

    Tetapi kekalahan di medan pertempuran tidak menghalang IS dari melancarkan serangan maut yang mensasarkan orang awam, termasuklah pengeboman di daerah Karrada tahun lalu yang mengorbankan lebih 320 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda