Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Letupan besar bongkar hampir 1 tan bahan letupan dan kimia

    COPENHAGEN, 3 JULAI – Pihak berkuasa Denmark menemui hampir satu tan bahan letupan dan bahan kimia di tempat berlakunya letupan besar yang tidak disengajakan di barat Copenhagen yang membunuh seorang lelaki berusia 52 tahun, kata polis, kelmarin.

    Kira-kira 100 orang yang tinggal dalam jarak lingkungan setengah kilometer dari tapak berhampiran bandar Korsor itu telah dipindahkan sementara pihak berkuasa memindahkan ‘sejumlah besar bahan letupan dan bahan kimia,’ kata polis.

    “Kami tidak bercakap tentang beberapa kilo, kami bercakap tentang hampir satu tan,” pegawai polis Tom Trude memberitahu televisyen Denmark, TV2.

    “Kami tidak tahu berapa banyak, jadi kami jelas akan menimbangnya dan kemudian mengujinya untuk melihat dengan tepat apa (bahan-bahan) itu,” tambah Trude.

    Pihak berkuasa dibawa ke tapak itu oleh apa yang mereka gelar letupan kuat dan nampaknya tidak disengajakan, yang membunuh lelaki tersebut pada Isnin.

    Pihak polis kelmarin tidak menjelaskan punca letupan itu.

    Seorang pegawai polis memberitahu wartawan Denmark bahawa lelaki itu mungkin menghasilkan bunga api tanpa kebenaran. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...