Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan besar gegarkan Syria

    BAITULMAQDIS, 20 NOV – Tentera Israel mengesahkan mereka telah melakukan serangan ke atas warga Iran dan Syria terutamanya di ‘kawasan sasaran pengganas’ berhampiran Damsyik hari ini, sebagai tindak balas terhadap serangan yang dicetuskan oleh Syria sehari sebelumnya.

    Angkatan Pertahanan Israel yang mendakwa serangan roket kelmarin itu datang dari Iran berkata ia telah menyalahkan Damsyik atas serangan yang dilancarkan dari Syria ke wilayah berkenaan.

    Media negara Syria sebelum ini berkata sistem pertahanan antipesawat Syria hari ini memintas ‘serangan bertalu-talu’ dari pesawat perang Israel di ibu kota ini, kata media tempatan.

    “Pada jam 1.20 pagi waktu tempatan hari ini, pesawat perang Israel, menyasar kawasan lingkungan Damsyik dengan sejumlah besar peluru berpandu.

    “Pasukan pertahanan udara kami berdepan serangan bertalu-talu dan memintas peluru berpandu serta berupaya memusnahkan kebanyakannya sebelum sampai ke sasaran,” agensi berita SANA memetik sumber tentera.

    Seorang koresponden AFP di sini mendengar beberapa letupan besar. Israel telah melakukan serangan udara dan peluru berpandu yang sering berlaku terhadap sasaran Iran di Syria sejak negara itu terlibat dalam perang saudara pada tahun 2011, tetapi jarang mengulas mengenainya.

    SANA menambah, serangan itu dilancarkan dari ‘wilayah Lubnan dan Palestin.’ Israel kadang kala melancarkan serangan ke atas Syria dari jet pejuang yang terbang di negara jiran Lubnan. Konflik Syria yang tercetus akibat penindasan Presiden Bashar al-Assad, dirumitkan lagi dengan pembabitan kuasa asing. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita SANA menunjukkan sebuah bangunan yang musnah akibat serangan yang dilancarkan oleh Israel di Syria. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda