Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bom, 11 militan maut

    QALAT, Afghanistan, 23 Okt – Seramai 11 militan Taliban terbunuh dalam kejadian letupan di wilayah Zabul selatan Afghanistan, demikian kata seorang pegawai tempatan hari ini.

    Insiden berlaku pada lewat kelmarin di Mizan dan di daerah Arghandab, di mana dua kumpulan Taliban membawa alat peledak improvisasi (IED) untuk menyerang pasukan keselamatan.

    Bagaimanapun, IED meletup secara tiba-tiba menyebabkan kehilangan nyawa, kata ketua polis wilayah Mohammed Mustafa Mayar kepada Xinhua.

    IED sering digunakan militan Taliban dan Daesh untuk menghasilkan bom. Pada Ahad lalu, 11 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak maut ketika sebuah kenderaan meletup.- Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda