Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bom di kediaman menteri Lubnan

    BEIRUT, 8 SEPT – Sebutir bom dilaporkan meletup di kawasan kediaman Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lubnan Ali Hamieh hari ini, lapor agensi Anadolu.

    Sebutir bom yang diikat pada wayar elektrik meledak di kawasan taman di kediaman Hamieh di kampung halamannya di Baalbek, timur Lubnan, menurut agensi berita Lubnan.

    Pejabat media menteri memaklumkan bahawa “agensi keselamatan sedang memeriksa lokasi berkenaan,” tanpa mendedahkan sebarang kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

    Pihak berkuasa Lubnan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu atau mana-mana pihak yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda