Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bom di Syria membunuh 8 orang, 20 cedera

    BEIRUT, 1 APRIL – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata kejadian berlaku di sebuah pasar yang sibuk di wilayah Aleppo, awal kelmarin. 

    Menurut badan pemantau perang itu, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran.

    Bandar Azaz di utara Aleppo dikuasai oleh Turkiye.

    Perang saudara di Syria sejak tahun 2011 mengakibatkan negara itu berpecah.

    Presiden Bashar al-Assad menguasai dua pertiga negara itu manakala bahagian barat laut dikuasai pemberontak. – Bernama

    Pekerja pertahanan awam Helmet Putih Syria mencari mangsa selepas bom meletup di pasar yang sibuk di bandar Azaz di barat laut Turki, Syria, awal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda