MANILA, 27 NOV – Sebuah bom di tepi jalan meletup di wilayah Basilan Filipina selatan hari ini, mengorbankan dua anggota militia dan mencederakan dua yang lain, kata polis.
Kolonel Polis Carlos Madronio, Pengarah Pejabat Polis Wilayah Basilan, berkata dua anggota kumpulan separa tentera maut di tempat kejadian.
Madronio berkata pasukan itu sedang menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang tentera di bandar Sumisip apabila mereka terpijak bahan letupan itu. – Xinhua
