Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bom korban enam tentera

    KAHERAH, 29 Dis – Enam orang ten-tera Mesir maut selepas kenderaan yang dinaiki meletup ketika serbuan menentang ‘pengganas’ di kawasan bergolak di wilayah Utara Sinai, menurut tentera semalam.

    “Seorang pegawai dan lima tentera maut apabila sebutir bom meletupkan kenderaan mereka semasa serbuan serangan pengganas,” menurut jurucakap Tamer al-Rifai dalam kenyataannya.

    Dalam operasi berasingan, tiga pejuang jihad telah terbunuh, menurutnya, dengan menambahkan mereka memiliki senjata, peluru dan bahan letupan.

    Empat buah kenderaan milik kumpulan itu turut musnah, membunuh ke semua penumpang yang berada di dalamnya.

    Dia tidak menyatakan bilakah kejadian berkenaan berlaku.

    Militan telah meningkatkan serangan mereka terhadap pasukan keselamatan sejak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi pada 2013.

    Mereka sering kali aktif di wilayah utara Sinai di mana terdapatnya keberadaan kumpulan IS.

    Beratus-ratus polis dan tentera telah terkorban.

    Pada November, suspek bersenjata IS telah membunuh lebih 300 orang yang hadir di masjid di Sinai yang dikaitkan dengan Muslim Sufi IS yang dilihat sebagai sesat.

    Selepas serangan masjid itu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengarahkan ketua tenteranya untuk menghentikan serangan dalam tempoh tiga tahun dengan menggunakan ‘kekerasan’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda