Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bunga api Iran: 5 maut, 91 cedera

    TEHRAN, 3 MAC – Lima terbunuh dan 91 yang lain cedera di Iran sepanjang 20 Februari hingga 1 Mac dalam insiden yang berpunca daripada letupan bunga api menjelang Fire Festival di negara itu, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita pelajar Iran (ISNA) kelmarin.

    Jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas manakala bilangan yang cedera meningkat 57 peratus, menurut ISNA memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar.

    Beliau berkata satu kematian dilaporkan di Tehran manakala empat lagi di wilayah West Azerbaijan.

    Kemalangan yang disebabkan oleh bunga api kerap berlaku menjelang Fire Festival yang disambut pada malam Rabu terakhir sebelum sambutan Nowruz iaitu Tahun Baharu Iran yang jatuh pada 20 Mac tahun ini.

    Fire Festival akan disambut pada 12 Mac. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda