Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Letupan di asrama polis di Jawa Tengah

    JAKARTA, 25 SEPT – Satu letupan berlaku dalam kawasan asrama polis di wilayah Jawa Tengah, Indonesia hari ini mencederakan seorang anggota polis, kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Iqbal Alqudusy.

    Satu bungkusan meletup apabila ia diterima oleh seorang anggota polis di rumahnya di kawasan asrama polis terletak di wilayah daerah Sukoharjo kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan, kata jurucakap polis.

    Anggota polis itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital berhampiran, kata jurucakap kepada Metro TV.

    Letupan itu dapat didengar sejauh 100 meter, dan merosakkan cermin tingkap rumah dan bangunan berhampiran. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...