Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan di kilang arak Mexico ragut lima orang

    GUADALAJARA, 24 JULAI – Satu letupan di sebuah kilang pengeluar arak tequila Jose Cuervo di Mexico membunuh lima orang kelmarin, kata pihak berkuasa tempatan.

    “Setakat ini, lima orang yang terbunuh telah disahkan sebagai pekerja-pekerja syarikat itu,” kata unit perlindungan awam di negeri barat Jalisco dalam satu kenyataan.

    Dua lagi cedera, seorang parah, tambah kenyataan itu.

    Belum diketahui apa yang menyebabkan letupan di kawasan perbandaran tequila itu, dengan syarikat berkata ia berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan.

    Ia menjejaskan empat kontena dengan kapasiti 219,000 liter setiap satu, dua daripadanya runtuh, kata pengarah perlindungan awam negeri, Victor Hugo Roldan.

    “Institut Sains Forensik Jalisco sudah berada di sini untuk membuat laporan pakar mereka,” katanya kepada wartawan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda