Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Letupan di lombong ragut enam jiwa

    TEHRAN, 4 SEPT – Letupan di lombong batu arang di utara Iran telah mengorbankan enam pekerja, lapor media kerajaan hari ini.

    Letupan berlaku dalam terowong pada kedalaman 400 meter (m) di bandar utara Damghan, kata agensi berita rasmi IRNA. Tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu.

    “Enam pelombong terperangkap di bawah tanah kelmarin apabila letupan lombong batu arang berlaku di Damghan,” kata IRNA.

    Usaha menyelamatkan pelombong tidak berjaya tetapi mayat ditemui hari ini, tambahnya.

    IRNA menunjukkan rakaman pekerja lain di tapak itu cuba mendapatkan mayat-mayat rakan sekerja mereka dari bawah runtuhan. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...