Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan di London angkara pengganas

    LONDON, 15 Sept – Polis London pada Jumaat mengesahkan letupan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di barat London sebagai serangan pengganas, lapor agensi berita Xinhua.

    Kejadian berlaku di Stesen Parsons Green, beberapa orang dilaporkan cedera dan terdapat laporan mengatakan seramai 18 orang telah dihantar ke hospital. Anggota polis dan perkhidmatan kecemasan dilihat berada di tempat kejadian sejurus selepas letupan dilaporkan berlaku pada pukul jam 8:21 pagi waktu tempatan. Susulan itu, Perdana Menteri Britain Theresa May akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan pada 1 petang waktu tempatan.

    Insiden berkenaan menyebabkan keadaan kelam-kabut apabila perkhidmatan kereta api bawah tanah itu terpaksa ditutup dan polis menghalang orang ramai menghampiri lokasi kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda