Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan di Taiwan cederakan empat orang

    TAIWAN, 3 OGOS – Letupan di pangkalan peluru berpandu di Daerah Pingtung hari ini mengakibatkan empat orang cedera, termasuk seorang daripadanya kritikal akibat melecur lebih 90 peratus.

    Insiden itu berlaku pada 10 pagi di pangkalan Jiupeng, yang diurus oleh Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Chung-Shan, sebuah unit penyelidikan tentera terkemuka di Taiwan.

    Empat individu yang cedera dilaporkan mengendalikan bahan kimia propelan peluru berpandu ketika letupan berlaku.

    Mereka segera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan, lapor agensi berita Pusat Taiwan memetik kenyataan institut itu.

    Jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Lin Yu-chan berkata, punca letupan masih belum dapat ditentukan, sambil menambah bahawa Presiden negara itu telah meminta siasatan segera dilakukan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda