Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan gudang mercun dan bunga api di Narathiwat: Pasangan suami isteri serah diri

    SONGKHLA, SELATAN THAILAND, 6 OGOS – Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri, kelmarin.

    Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia semalam sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada 1:30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.

    “Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubahsuai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang-undang darurat di Selatan Thailand,” katanya pada satu sidang media di sini.

    Sebelum ini, Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke negara ini. – Bernama

    Orang ramai melihat kesan rumah yang musnah sehari selepas letupan di sebuah gudang bunga api di daerah Sungai Kolok wilayah Narathiwat pada 30 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda