Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan kecil cetus panik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 September 2002 – Satu letupan kecil yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas telah mencetuskan keadaan panik ketika orang ramai berhimpun menuju ke pintu terakhir dewan berlepas.

    Bagaimanapun, letupan kecil yang berlaku pada waktu pagi itu, yang boleh didengar hingga ke dewan ketibaan adalah letupan daripada bateri telefon bimbit, yang dimiliki oleh seorang pegawai bertugas di lapangan terbang.

    Telefon bimbit tersebut yang disimpan di atas meja oleh pemiliknya, Jimmy, tiba-tiba meletup dan bertaburan di atas lantai.

    Jimmy bernasib baik kerana kebiasannya beliau menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket, jika tidak sudah tentu beliau akan mendapat kecederaan yang serius.

    Jimmy berkata dia membeli telefon bimbit itu daripada kawannya, tetapi dia perlu menggantikan bateri yang asal.

    “Saya pergi ke sebuah kedai menjual telefon bimbit di ibu negara dan saya ditawarkan bateri berharga $40. Namun, oleh sebab ketika itu dalam promosi jualan murah, saya hanya membayar sejumlah $20,” katanya.

    Menurut Jimmy, penjual itu memberikan jaminan kepada beliau bahawa produk itu adalah asli.

    Christopher, seorang pegawai di Intergrated Communication Sdn Bhd atau Incomm, pengedar rasmi telefon bimbit tersebut bahawa tidak terdapat sebarang kes bateri asli yang meletup sebelum ini.

    Beliau menasihatkan orang ramai supaya membeli produk dan alat ganti telefon yang asli sahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda