Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan kedengaran di Kyiv

    KYIV, 1 JAN – Letupan kedengaran di seluruh Kyiv, ibu negara Ukraine sebaik tahun baharu 2023 membuka tirainya, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko pada Ahad.

    Vitali Klitschko berkata letupan itu kedengaran di daerah Shevchenkivskyi dan Holosiivskyi di Kyiv, lapor agensi Anadolu.

    “Letupan kedengaran di ibu negara. Pertahanan udara berfungsi,” katanya menerusi Telegram.

    Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Kelmarin, seorang awam terbunuh dan 20 cedera dalam satu serangan peluru berpandu. – Bernama

    Seorang petugas kecemasan berjalan di hadapan hotel yang rosak. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda