Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan kilang di Brazil ragut 9 nyawa

    RIO DE JANEIRO, 13 OGOS – Sembilan orang maut kelmarin selepas kejadian letupan di sebuah kilang bahan letupan di selatan Brazil, kata pihak berkuasa.

    Gambar yang dikeluarkan oleh bomba Parana menunjukkan kawasan besar yang diliputi serpihan selepas letupan, yang berlaku sekitar 6 pagi di kawasan metropolitan ibu negeri Curitiba.

    Identiti enam lelaki dan tiga wanita yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti.

    “Tiada lagi harapan untuk mencari mangsa yang terselamat dalam kalangan sembilan orang yang berada di lokasi itu,” kata setiausaha keselamatan awam di Parana, Kolonel Hudson, kepada pemberita.

    Pasukan keselamatan yang dibantu oleh anjing berusaha mencari mangsa yang hilang. Sementara itu, tujuh lagi cedera dan dirawat di hospital berdekatan.

    “Kawasan letupan musnah teruk,” kata jurucakap bomba, Luisiana Guimaraes.

    “Dalam radius kira-kira 1.5 kilometer, terdapat juga rumah yang terjejas, dengan tingkap pecah, struktur rosak,” tambahnya.

    Eksekutif dari Enaex Brasil, syarikat yang memiliki kilang itu, berkata pada sidang media punca kemalangan sedang disiasat.

    Syarikat itu telah menawarkan untuk menyediakan penjagaan psikologi kepada mangsa dan keluarga mereka, tambahnya.

    Menurut pihak berkuasa, penduduk beberapa buah bandar berhampiran terdengar letupan itu. – AFP

    Gambar menunjukkan kepulan asap dari bangunan yang musnah di tapak gudang bahan letupan di Quatro Barras, di metropolitan Curitiba, Negeri Parana, Brazil, pada 12 Ogos. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda