Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan korbankan 23 orang

    BEIRUT, 8 Jan – Letupan di pangkalan jihad Asia di bandar Idlib semalam yang mengorbankan 23 orang termasuk tujuh orang awam, menurut pemerhati.

    Kumpulan ekstremis bertempur di Syria mempunyai lebih ribuan warganegara Asia termasuk dari Asia tengah dan ahli kumpulan Muslim Uighur dari etnik minoriti China Xinjiang.

    “Letupan terbesar berlaku semalam di pangkalan Ajnad al-Qawqaz, Idlib,” kata ketua Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia Rami Abdel Rahman, juga menambah sebahagian besar yang terkorban adalah pejuang daripada kumpulan itu.

    Dia tidak menyatakan secara khusus mengenai akibat letupan itu tetapi aktivis berkata melalui media sosial bahawa letupan kereta itu yang bertanggungjawab.

    Seramai 12 orang yang tercedera, kebanyakannya pejuang, menurut Abdel Rahman yang juga berkata bahawa pangkalan itu hampir keseluruhannya musnah dan bangunan berhampiran juga hancur.

    Orang awam menyaksikan kemusnahan susulan letupan di pangkalan jihad Asia di kawasan penguasaan pemberontak yang berlaku di Idlib. – AFP

    Kumpulan Ajnad al-Qawqaz termasuk ratusan pejuang Kaukasia bertempur bersama Fateh al-Sham, bekas ahli gabungan Al-Qaeda untuk menghalang rejim Syria mara ke kawasan Idlib.

    Kawasan itu menyaksikan pertempuran yang dahsyat susulan pihak rejim melakukan serangan yang disasarkan ke lebuh raya yang menghubungkan Damsyik dan bandar kedua Aleppo.

    Pemerhati berpangkalan di Britain yang bergantung kepada rangkaian aktivis disepanjang Syria berkata tentera rejim telah menawan lebih 60 perkampungan sejak 25 Disember.

    Sekutu yang dikuasai oleh Fateh al-Sham mengawal kawasan Idlib di mana sering berlaku letupan kereta dan dikecam akibat pertikaian antara kumpulan tentera.

    Beberapa penduduk mengecap kumpulan IS kerana serangan itu walaupun kumpulan itu tidak berada dalam kawasan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda