Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan lapangan terbang Aden ragut 26 nyawa

    SANAA, 31 DIS – Sekurang-kurangnya 26 orang maut dalam letupan di lapangan terbang Aden di Yaman, ketika ahli kerajaan perpaduan baharu dibentuk tiba di negara itu dari Arab Saudi.

    Walaupun semua menteri kerajaan terselamat dalam serangan itu, lebih 50 individu dilaporkan cedera, beritahu sumber perubatan dan kerajaan kepada AFP di selatan bandar, dengan angka korban mungkin meningkat.

    Kumpulan pemberontak Huthi yang disokong Iran dipercayai mendalangi serangan berkenaan.

    Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa berkata seorang petugasnya antara mangsa yang meninggal dunia, manakala tiga yang lain cedera.

    Asap tebal kelihatan berkepul-kepul naik dari bangunan terminal selepas letupan, manakala serpihan bertaburan di sekitar lokasi kejadian dan orang ramai bergegas untuk menyelamatkan mangsa.

    Video yang dirakam AFP menunjukkan apa yang kelihatan seperti peluru berpandu di satu lokasi di lapangan terbang, yang dipenuhi oleh orang ramai, sebelum bola api tercetus.

    Gabungan pimpinan Saudi berkata: “Dron Huthi yang cuba menyasarkan Istana Al-Masreeq telah ditembak jatuh.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda