Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan lombong arang ragut 7 jiwa

    MAZAR-I-SHARIF, AFGHANISTAN, 10 JUN – Tujuh pekerja terbunuh dan beberapa lagi dikhuatiri terkorban di utara Afghanistan selepas letupan gas mengakibatkan lombong arang batu runtuh, kata pegawai hari ini.

    Insiden itu berlaku kelmarin di wilayah Samangan dengan dua pekerja terbunuh di tempat kejadian apabila lombong runtuh, manakala lima lagi mayat ditemui oleh pasukan penyelamat pada waktu malam, kata Sediq Azizi, jurucakap gabenor wilayah.

    Menurutnya lagi, 11 pekerja telah terperangkap di lombong tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda