QUETTA, 5 MEI – Angka korban akibat letupan lori tangki minyak di barat daya Pakistan meningkat kepada 19 orang, menurut pegawai hari ini, seminggu selepas insiden berlaku.
Orang ramai berkumpul untuk memadamkan kebakaran pada lori tangki tersebut selepas ia berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah pasar, sebelum ia meletup.
Lebih 40 orang cedera dalam kejadian itu, dengan ramai daripada mereka dibawa ke bandar besar Karachi untuk menerima rawatan.
“Jumlah kematian meningkat kepada 19 orang,” kata pegawai polis tempatan, Muhammad Hasan Mengal kepada AFP.
Insiden tersebut berlaku pada 28 April di Noshki, sebuah daerah dalam wilayah Balochistan.
Dia berkata polis sedang menyiasat kemungkinan berlakunya kecuaian. – AFP
