Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan pangsapuri, tiada mangsa selamat

    SAINT HELIER, JERSEY, 11 DIS – Anggota menyelamat di Jersey hari ini berkata selepas usaha mencari semalaman, tidak ada mangsa yang selamat daripada letupan yang meranapkan blok pangsapuri tiga tingkat.

    Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut dalam letupan pada awal semalam di ibu negeri pelabuhan pulau Channel, St Helier, disyaki berpunca daripada kebocoran gas.

    Namun sembilan penghuni masih hilang, dan mungkin terdapat pelawat yang tinggal di blok itu semalam, lapor BBC.

    “Dengan rasa sedih saya mengesahkan bahawa operasi mencari dan menyelamat telah dipindah ke operasi pemulihan,” kata Ketua Polis Jersey, Robin Smith.

    Dibantu anjing pengesan dan pakar dari selatan England, pekerja kecemasan Jersey telah mencari dalam runtuhan bangunan semalaman.

    Seperti kebanyakan penduduk lain di St Helier, Ketua Menteri Jersey, Kristina Moore berkata dia terbangun oleh letupan tersebut.

    “Di seluruh pulau, awda boleh mendengar bunyi luar biasa ini,” beritahunya kepada BBC.

    “Ia adalah berita yang tidak dapat dibayangkan, kami semuanya terkejut dan benar-benar ambil berat mengenai orang yang terbabit, mereka yang kehilangan nyawa.”

    Pembekal gas Jersey, Island Energy, berkata ia sedang bekerjasama dengan perkhidmatan bomba untuk memahami apa yang berlaku. – AFP

    Keadaan bangunan apartmen yang meletup dan terbakar di St Helier, Jersey, Pulau Channel kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda