Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan: PM Thai kerah siasatan

    BANGKOK, 2 OGOS – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha hari ini mengarahkan siasatan ke atas beberapa pengeboman kecil yang berlaku di Bangkok ketika Thailand menganjurkan mesyuarat peringkat tertinggi yang dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dan rakan-rakannya dari China dan beberapa negara Asia Pasifik.

    Peranti peledak telah ditemui atau diletupkan sekurang-kurangnya di enam lokasi, termasuk dua di stesen kereta api. Tapak letupan lain termasuk kompleks kerajaan di pinggir bandar, dan berhampiran pejabat syarikat yang dikaitkan dengan penyokong kerajaan baharu Prayuth, kata polis.

    Rangkaian Radio Kecemasan Erawan di bandar itu berkata ia menerima laporan bahawa empat orang memerlukan rawatan hospital bagi kecederaan ringan.

    “Sekumpulan penjenayah telah melakukan hasutan yang membawa kepada keganasan tatkala kerajaan sedang mengadakan mesyuarat bersama pemimpin luar,” kata pejabat Prayuth dalam satu kenyataan, mendesak orang ramai supaya tidak panik dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyiasat letupan itu.

    Thailand minggu ini telah menganjurkan mesyuarat tahunan menteri-menteri luar negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan rakan-rakan mereka dari negara-negara Asia Pasifik. Pengeboman berkenan bagaimanapun tidak mengganggu persidangan, yang kini sedang dalam kawalan yang ketat.

    Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan memberitahu wartawan para pelaku cuba mewujudkan ‘satu keadaan’. Apabila ditanya sama ada ia berkaitan dengan pengambilalihan kuasa baru-baru ini, beliau berkata, “Saya tidak tahu, biarkan pihak berkuasa menyiasat terlebih dahulu.” Thailand baru-baru ini mengakhiri lima tahun pemerintahan tentera selepas rampasan kuasa pada tahun 2014.

    Kerajaan yang mengambil alih kuasa bulan lalu diketuai oleh bekas komandan tentera, Prayuth Chan-o-cha, yang melancarkan rampasan kuasa pada tahun 2014 dan mengetuai kerajaan tentera sehingga beliau mengambil alih kuasa melalui pilihan raya tahun ini. Para pengkritik mengatakan pilihan raya itu tidak adil kerana peraturan itu lebih memihak kepada penyokong Prayuth.

    Orang kuat utama Prayuth merupakan pendukung mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang digulingkan dalam rampasan kuasa lain pada tahun 2006. Tindakan itu mencetuskan tentangan perebutan kuasa selama bertahun-tahun antara penyokong dan penentang. Penyokong Thaksin kini menjadi parti pembangkang utama dalam parlimen baharu.

    Ledakan di Bangkok bukan kali pertama berlaku semasa Thailand menghoskan persidangan ASEAN. Pada tahun 2009, penyokong Thaksin, yang cuba memaksa kerajaan untuk menyerahkan kuasa, telah menyerang sebuah hotel di bandar peranginan Pattaya yang merupakan tempat pertemuan persidangan kumpulan serantau. Para pemimpin ASEAN terpaksa melarikan diri, beberapa daripadanya menggunakan helikopter dan sidang kemuncak itu dibatalkan. – AP

    Anggota penyiasat ketika memeriksa letupan yang berlaku di Bangkok yang telah mencederakan beberapa orang kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda