Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan rumah ragut 4 nyawa

    DETROIT, 1 JAN – Empat orang maut dan dua lagi cedera semalam dalam satu letupan rumah di Michigan yang boleh kedengaran berbatu-batu jauhnya, kata polis.

    Letupan berlaku sebelum 4 petang di Northfield Township, kira-kira 45 batu dari barat Detroit. Struktur itu musnah, hanya meninggalkan ruang bawah tanah, kata Leftenan Polis

    Perbandaran Northfield, David Powell kepada pemberita.

    Letupan itu, yang boleh didengari kira-kira 14.4 kilometer jauhnya, menghantar serpihan berterbangan ke udara dan mendarat di kedua-dua belah lebuh raya berhampiran. Rumah jiran tidak rosak, kata Powell.

    Enam orang berada di rumah itu, dengan empat maut ditemui di tempat kejadian dan dua mangsa yang terselamat dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

    Polis tidak mengetahui sama ada mangsa mempunyai kaitan, kata Powell.

    Pihak berkuasa belum menentukan punca letupan.

    Polis Northfield Township tidak segera membalas mesej daripada The Associated Press meminta untuk mendapatkan maklumat tambahan hari ini. – AP

    Gambar video menunjukkan rumah yang berselerakan selepas letupan di Northfield, Michigan pada 30 Disember. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda