Monday, February 10, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan tangki gas ragut 15 jiwa

    SULAIMANIYAH, IRAQ, 18 NOV – Seramai 15 orang terbunuh dan puluhan cedera di utara Iraq apabila tangki bahan api meletup dan menyebabkan sebuah rumah runtuh di utara Iraq, lapor pihak berkuasa tempatan.

    Gabenor Sulaimaniyah, Haval Abu Bakr memberikan angka korban letupan di Sulaimaniyah, bandar kedua terbesar di Iraq dan mengisytiharkan hari berkabung di bandar itu hari ini.

    “Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak,” kata Abu Bakr.

    Pihak berkuasa berkata bangunan tiga tingkat itu runtuh selepas kebocoran daripada tangki gas petroleum yang digunakan sebagai pemanas mencetuskan letupan. – AFP

    Penduduk berkumpul ketika anggota bomba mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang roboh selepas tangki gas meletup di utara bandar Suleimaniyah, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda