KYIV, UKRAINE, 29 MEI – Sekurang-kurangnya 10 letupan terdengar di ibu negara Ukraine Kyiv dari kira-kira 11:10 pagi (0810 GMT) hari ini selepas satu lagi malam pertahanan udara menangkis serangan, wartawan AFP melaporkan.
Datuk Bandar, Vitali Klitschko menyatakan letupan di daerah tengah bandar itu, kejadian yang jarang berlaku pada waktu siang, dan memberitahu penduduk untuk tinggal di tempat perlindungan.
“Serangan ke atas Kyiv masih berterusan”, tambahnya beberapa minit kemudian. – AP