Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letusan gunung berapi cetus amaran penerbangan tahap tertinggi di Rusia

    VLADIVOSTOK, 7 OGOS –Tahap amaran penerbangan bagi Gunung Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia telah dinaikkan daripada jingga kepada merah berikutan peningkatan aktiviti letusan, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    Letusan di puncak sedang berlaku, dengan data satelit menunjukkan abu menjulang sehingga 9.5 kilometer (km) dari paras laut dan kepulan abu bergerak kira-kira 141km ke arah timur-tenggara dari gunung berapi itu, menurut kenyataan yang disiarkan oleh Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka (KVERT) dari Institut Vulkanologi dan Seismologi, Cawangan Timur Jauh Akademi Sains Rusia di saluran Telegramnya.

    KVERT memberi amaran letusan abu sehingga 10km boleh berlaku pada bila-bila masa, yang berpotensi menjejaskan penerbangan antarabangsa serta pesawat yang terbang pada altitud rendah di rantau itu.

    Berketinggian kira-kira 4,754 meter, Klyuchevskoy merupakan gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia. Letusan di puncak semakin meningkat susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud di luar pantai Semenanjung Kamchatka minggu lepas. – Bernama

    Gambar bertarikh 10 Ogos 2005 menunjukkan bandar Petropavlovsk-Kamchatsky dengan gunung Klyuchevskaya Sopka. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda