Wednesday, October 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letusan Ruang: Lebih banyak lapangan terbang ditutup

    INDONESIA, 1 MEI – Letusan gunung berapi terpencil Indonesia memaksa beberapa lapangan terbang ditutup dengan abu merebak ke Malaysia, manakala pihak berkuasa bergegas memindahkan ribuan penduduk kerana kebimbangan tsunami.

    Gunung Ruang meletus tiga kali semalam, memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke udara dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan untuk 12,000 penduduk.

    Sebuah kapal penyelamat dan sebuah kapal perang dihantar untuk membantu memindahkan ribuan orang dari pulau Tagulandang yang berdekatan ke pulau Siau kerana amaran mengenai bahagian gunung berapi yang jatuh ke laut berpotensi menyebabkan tsunami.

    Agensi meteorologi negara (BMKG) berkongsi peta hari ini yang menunjukkan abu gunung berapi sampai ke timur Malaysia di pulau Borneo, yang dikongsi negara itu dengan Indonesia dan Brunei.

    Penyebaran abu gunung berapi memaksa tujuh lapangan terbang ditutup, yang terbesar di ibu kota wilayah Manado dan bandar Gorontalo, menurut notis daripada penyedia kawalan trafik udara milik kerajaan, AirNav Indonesia. Ketua Pos pemantauan Gunung Ruang, Julius Ramopolii berkata gunung berapi itu masih mengepul abu dan asap di atas kawah pagi tadi.

    “Gunung berapi itu nampak jelas, dengan kepulan asap, kelabu dan tebal dan mencecah 500 hingga 700 meter di atas kawah,” katanya dalam satu kenyataan. Dia berkata amaran kekal pada tahap tertinggi daripada sistem empat peringkat dan menggesa penduduk untuk kekal di luar zon pengecualian tujuh kilometer. – AP

    Penduduk pulau Tagulandang duduk di atas kapal untuk dipindahkan selepas Gunung Ruang meletus di pulau Sulawesi, Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda