Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letusan terbesar Sinabung tahun ini

    JAKARTA, 29 Dis – Gunung Berapi Sinabung Indonesia mengeluarkan letusan terbesarnya tahun ini pada minggu ini, memuntahkan gas dan debu tebal yang menjulang ke langit, menurut pegawai tempatan hari ini.

    Gunung berapi tersebut kembali aktif dalam 2010 selepas empat abad tanpa aktiviti, meletus semenjak 2015, membuatkan lebih daripada 3,000 keluarga berpindah-randah.

    Letusan pada Rabu ‘merupakan yang terbesar tahun ini, mencapai aliran piroklas dan saiz kawasan diliputi debu,’ menurut ketua agensi bencana tempatan, Nata Nail memberitahu AFP.

    Gambar diambil pada 28 Disember menunjukkan Gunung Sinabung memuntahkan lahar panas yang menerangi langit malam di Karo, utara Sumatera. – AFP

    Beribu-ribu orang terjejas akibat debu gunung berapi di pulau Sumatera namun tidak seorang pun cedera parah kerana zon bahaya sudah pun dikosongkan lebih awal, menurut jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

    Letusan mengakibatkan debu mengalir turun ke cenuram Sinabung, memusnahkan tanaman dan mengakibatkan kesengsaraan kepada beribu-ribu petani.

    Pada Mei tahun lalu, tujuh orang terbunuh apabila Sinabung meletus, manakala pada letusan Februari 2014, seramai 16 orang mati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda