Friday, January 31, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leverkusen bawa keyakinan UCL ke saingan Bundesliga

    BERLIN, 31 JAN – Bayer Leverkusen membawa keyakinan yang diperoleh dari menamatkan kedudukan Liga Juara-Juara di tangga kelapan untuk perjuangan mempertahankan gelaran Bundesliga.

    Anak buah Xabi Alonso, yang ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga iaitu Bayern Munich, menduduki tempat kedua dalam liga utama Jerman dan akan melayani kunjungan Hoffenheim pada hujung minggu ini selepas mengesahkan kedudukan secara automatik ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara setelah menundukkan Sparta Prague Rabu lalu.

    “Sebab itu kami bermain di Liga Juara-Juara – untuk bersaing di peringkat tertinggi,” kata pemain pertahanan Leverkusen, Jonathan Tah.

    “Kami mesti menunjukkan bahawa kami boleh bersaing dengan sesiapa saja di peringkat ini.”

    Leverkusen hanya tewas sekali dalam perlawanan domestik sejak permulaan musim lalu.

    Selepas permulaan perlahan dalam kempen Bundesliga, Leverkusen kembali bangkit meskipun terikat seri minggu lalu menentang RB Leipzig, apabila mereka mensia-siakan kelebihan dua gol mendahului.

    Sementara itu, Bayern, yang bakal berdepan Holstein Kiel esok, akan bertandang ke Leverkusen antara dua pusingan playoff mereka di Liga Juara-Juara selepas terlepas daripada menamatkan di kedudukan lapan teratas di Eropah.- AFP

    Reaksi pemain-pemain Bayer Leverkusen selepas perlawanan menentang Sparta Prague pada 29 Januari lalu. Bayer Leverkusen membawa keyakinan yang diperoleh dari menamatkan kedudukan Liga Juara-Juara di tangga kelapan untuk perjuangan mempertahankan gelaran Bundesliga.- AFP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda