Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leverkusen peroleh bekas pemain Madrid

    BERLIN, 27 OGOS – Bekas pemain pertahanan kanan Real Madrid, Lucas Vazquez, sah menyertai Bayer Leverkusen sehingga 2027, umum kelab Jerman itu kelmarin.

    Pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu menyertai Leverkusen secara percuma selepas kontraknya bersama Madrid tamat pada musim panas ini.

    Pemain berusia 34 tahun itu telah menjalani ujian perubatan di Madrid dan dijangka boleh diturunkan dalam aksi seterusnya menentang Werder Bremen pada Sabtu.

    Dalam kenyataan rasminya, Vazquez berkata dia tidak sabar untuk meneruskan kerjaya di Leverkusen.

    Vazquez turut mendedahkan bekas jurulatih Leverkusen yang kini mengendalikan Real Madrid, Xabi Alonso, serta bekas pemain Leverkusen yang juga rakan sepasukannya di Madrid, Dani Carvajal, memainkan peranan penting dalam meyakinkannya untuk berhijrah ke Bundesliga.

    “Dengan Lucas Vazquez, kami menandatangani seorang pemain yang sangat berpengalaman, yang telah memenangi segalanya bersama Real Madrid sepanjang 10 tahun lalu,” kata Pengarah Sukan Leverkusen, Simon Rolfes sambil menambah pemain baharu itu akan menjadi ‘tonggak penting’ pasukan.

    Leverkusen mencari pengganti di posisi pertahanan kanan selepas Jeremie Frimpong berhijrah ke Liverpool pada penghujung musim lalu.

    Selain satu tempoh singkat bersama Espanyol, Vazquez menghabiskan seluruh kariernya bersama Real Madrid, memenangi empat gelaran La Liga. – AFP

    Lucas Vazquez meraikan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya menentang Eibar dalam perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Eibar di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, pada 9 April 2016. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda