Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leverkusen tidak terima sebarang tawaran Havertz

    BERLIN, 31 JULAI – Bayer Leverkusen belum menerima sebarang tawaran perpindahan untuk bintang mereka yang sedang meningkat naik, Kai Havertz, kata pengarah sukan kelab itu, Simon Rolfes kelmarin.

    Pemain berusia 21 tahun itu telah banyak dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan juara Bundesliga, Bayern Munich.

    Tetapi Rolfes yakin bahawa Havertz sekurang-kurangnya akan kekal bersama Leverkusen hingga akhir kempen Liga Europa 2019/20 mereka. Mereka mendahului Rangers 3-1 selepas perlawanan pusingan pertama peringkay 16 akhir, dengan perlawanan kembali di Stadium Bay Arena pada 6 Ogos.

    “Kami sudah beberapa kali mengatakan bahawa kami akan menyelesaikan musim ini dengan seluruh pasukan kami dan itu termasuk Kai. Ini jelas bagi kami,” kata Rolfes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda