VALENCIA, 18 OGOS – Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk pasukan Hansi Flick, Barcelona, bagi memberikan kemenangan 2-1 di Valencia dalam aksi pembukaan La Liga mereka, kelmarin.
Jurulatih Jerman itu meraikan perlawanan kompetitif pertamanya dengan meraih tiga mata ketika Barca bangkit daripada ketinggalan menentang pasukan hebat Ruben Baraja, Valencia.
Hugo Duro menghantar pasukan tuan rumah di depan selepas 44 minit tetapi penyerang veteran Poland, Lewandowski menyamakan kedudukan dari jarak dekat sebelum rehat dan menjaringkan penalti pada awal babak kedua.
Sementara itu, juara Real Madrid, dipimpin oleh superstar baharu Kylian Mbappe, beraksi hari ini di Real Mallorca, Barcelona memulakan usaha mereka untuk mencuri kejuaraan dengan keputusan memberangsangkan di stadium Mestalla Valencia. Barca tanpa pemain utama, termasuk Frenkie de Jong, Gavi dan Ronald Araujo memaksa Flick memilih tiga pemain berusia 17 tahun dalam kesebelasan utamanya.
Mereka ialah bintang Sepanyol Euro 2024 Lamine Yamal, Pau Cubarsi dan pemain tengah, Marc Bernal.
“Pada separuh masa kedua saya rasa kami bermain jauh lebih baik dan dengan tiga atau empat pemain yang sangat muda, saya rasa perlawanan ini sangat penting untuk menang pada awal musim, terutamanya di stadium ini di Valencia, ia sangat sukar,” Lewandowski memberitahu Movistar.
“Matlamat saya sentiasa menjaringkan gol, saya tidak tahu berapa banyak gol menjelang akhir musim, tetapi ia sangat penting bagi saya kerana hari ini adalah perlawanan pertama, (saya mendapat) gol untuk mendapat keyakinan.” – AFP