BERLIN, 29 OGOS – Robert Lewandowski berjaya meledak hatrik ketika Bayern Munich membelasah Hertha Berlin 5-0 kelmarin, dengan penyerang Poland itu kini melepasi pencapaian 300 gol untuk pasukan juara bertahan Bundesliga tersebut.
Bayern mendahului perlawanan pada awal minit menerusi Thomas Mueller sebelum Lewandowski menjaringkan dua gol dan satu gol dihasilkan oleh Jamal Musiala.
Selepas mencipta rekod menjaringkan 41 gol pada musim lalu, Lewandowski kini sudah membolosi gawang lawan sebanyak lima kali dalam tiga perlawanan liga pada musim ini.
Lewandowski mampu menjaringkan empat gol, selepas melepaskan pemain dan membenarkan Mueller untuk membuka jaringan pada awal perlawanan.
“Kadang kala gol pertama adalah yang paling penting, ia keputusan tepat untuk membiarkan bola kepada Mueller, saya tahu dia berada di sana,” kata Lewandowski, yang menjaringkan tiga gol atau lebih dalam 15 perlawanan Bundesliga dalam kariernya.

“Kami berjaya mengawal perlawanan dan melakukan segalanya seperti yang dirancang.
“Saya sentiasa dahagakan gol, merasa baik dan sentiasa mencari untuk mara ke tahap seterusnya, ingin memperbaiki diri.”
Mueller memuji Lewandowski kerana bermain di ‘peringkat lebih tinggi’.
Lewandowski menggandakan kedudukan selepas jaringan Mueller melalui tandukan di percubaan kedua selepas percubaan pertama terkena tiang gol semasa Bayern menundukkan Hertha.
Dia berjaya menjaringkan gol dalam 16 perlawanan berturut-turut bersama Bayern dalam semua kejohanan, lebih satu gol berbanding legenda kelab, Gerd Mueller, yang menjaringkan 15 gol berturut-turut pada 1969/1970. Nasib Hertha tidak bertambah baik apabila penjaga gol mereka, Alexander Schwolo mengalami kecederaan selepas cuba mengeluarkan bola dari sepakan sudut.
Gol ketiga Bayern hadir selepas separuh masa apabila Mueller yang memenangi bola dan Musiala, 18, menewaskan dua pemain pertahanan lawan untuk membuat jaringan. – AFP