Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lewandowski kekal sehingga tamat kontrak

    BERLIN, 9 JUN – Bayern Munich mengesahkan bahawa Robert Lewandowski tidak akan meninggalkan pasukan tersebut sebelum kontraknya tamat pada tahun hadapan.

    Bintang pemain berusia 33 tahun dari Poland itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, tetapi Bayern menegaskan bahawa Lewandowski mesti memenuhi perjanjian dalam kontraknya yang akan tamat pada Jun tahun hadapan.

    Pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic memberitahu akhbar harian Jerman, Bild menerusi panggilan telefon dengan Lewandowski bahawa dia telah menjelaskan sepenuhnya mengenai kontrak tersebut kepadanya, kelmarin.

    Pihak media melaporkan bahawa Barcelona ingin membayar AS34 juta untuk pemain terbaik lelaki tahunan FIFA tersebut.

    Baru-baru ini, Presiden Bayern, Herbert Hainer mengatakan, kontrak adalah kontrak.

    “Apa yang akan terjadi kepada kami jika pemain menamatkan kontrak terlebih awal?” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, penyerang tersebut menyuarakan lagi mengenai isu tersebut pada minggu ini menerusi podcast Poland, mengatakan bahawa pemergiannya adalah disebabkan dia ingin meneroka lebih banyak lagi dalam kehidupannya.

    Sementara itu, tanpa menyebut nama-nama mereka, Lewandowski mendakwa bos senior kelab tersebut tidak ingin mendengar kata-katanya sehinggalah dia meluahkan sesuatu yang mustahil untuk diendahkan. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski semasa perlawanan antara Belgium dan Poland yang berlangsung di Stadium King Baudouin, Brussels, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda