BARCELONA, 27 NOV – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick berkata, kejayaan Robert Lewandowski menjaringkan gol adalah sukar untuk dipercayai selepas penyerang itu melepasi 100 gol di Liga Juara-Juara, kelmarin.
Penyerang berusia 36 tahun itu meledak gol melalui sepakan penalti pada awal permainan dalam kemenangan 3-0 ke atas Brest, kemudian menambah gol kedua dengan penyudah yang kemas untuk melengkapkan kemenangan Barcelona, di mana ia telah membawa pasukan itu di tempat kedua dalam kedudukan kumpulan ketika ini.
Bekas penyerang Bayern Munich, Lewandowski, merupakan pemain ketiga yang mencapai 100 gol dalam pertandingan itu, di belakang penjaring terbanyak sepanjang masa Cristiano Ronaldo (140 dalam 183 perlawanan) dan Lionel Messi (129 dalam 163 perlawanan).
“Saya tidak begitu mahir dalam statistik, saya fikir selepas Messi dan Ronaldo, dia kini berada di tempat ketiga dengan jaringan terbanyak, dan ia sukar dipercayai,” kata Flick.
“Saya mengenalinya dua tahun dari Munich, di sana dia juga memecahkan setiap rekod dan kini dia juga menjaringkan gol ia penting untuk kami.”
Pemain antarabangsa Poland itu dijatuhkan oleh penjaga gol Brest, Marco Bizot, untuk sepakan penalti, yang telah disempurnakannya dengan baik bagi meletakkan Barca di depan selepas 10 minit permainan.
Lewandowski mengesahkan kemenangan Barcelona dengan gol kedua yang dimanfaatkan dengan baik.
Jaringan ke-101 penyerang itu di Liga Juara-Juara hadir selepas 125 penampilan dalam pertandingan itu, bersama Borussia Dortmund, Bayern dan Barcelona.
“Saya sangat gembira. Bertahun-tahun yang lalu saya tidak menyangka saya boleh menjaringkan lebih daripada 100 gol dalam Liga Juara-Juara,” kata pemain itu kepada Movistar. – AFP