WARSAW, 27 Jun – Pemain bola sepak Poland yang paling banyak beraksi, Robert Lewandowski telah mengumumkan bahawa dia tidak akan bersara daripada bola sepak antarabangsa kerana dia ‘masih berasa bersemangat’ untuk mewakili negaranya.
Poland tidak memenuhi jangkaan di UEFA Euro 2024 dan menamatkan perjalanan di Kejuaraan Eropah mereka dengan hanya satu mata dalam perlawanan menentang Belanda, Austria dan Perancis.
Bagaimanapun, penyerang berusia 35 tahun itu mendedahkan bahawa dia akan meneruskan kerjayanya dalam pasukan kebangsaan Poland.
“Saya masih bersemangat sepanjang masa dan tiada sesiapa dari luar akan dapat menjejaskan keputusan saya. Selagi saya ada, saya akan mewakili negara kita dengan senyuman dan bangga. Pasukan kebangsaan adalah perkara yang paling penting kepada saya, walaupun kadangkala ia sukar,” kata Lewandowski. – Xinhua
