Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lewandowski tampil wira Bayern Munich

    MUNICH, JERMAN, 30 SEPT – Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk perlawanan kedua Juara Liga-Liga pada musim ini ketika Bayern Munich meraih kemenangan 5-0 menentang Dynamo Kiev di halaman sendiri kelmarin.

    Lewandowski mencatat gol ke-76 dan 77 dalam Liga Juara-Juara dalam kerjayanya dan membantu Bayern untuk mendahului dua gol di hadapan dalam separuh masa pertama sebelum Serge Gnabry, Leroy Sane dan Eric Maxim Choupo-Moting menjaringkan dalam separuh masa kedua.

    Lewandowski juga meraih gol dalam kemenangan Barcelona 3-0 pada dua minggu lepas dan, secara keseluruhan, dia telah meledak 24 gol dalam 18 perlawanan Liga Juara-Juara untuk meningkatkan peluangnya menerima pengiktirafan Ballon d’Or pada hujung November nanti.

    Dengan keputusan tersebut, Bayern menguasai tempat teratas kumpulan E, dua mata di hadapan lawan seterusnya Benfica, yang menewaskan Barcelona 3-0 di Lisbon kelmarin.

    “Kami sudah buat yang terbaik,” kata pemain terbaik perlawanan, Sane. “Kami bermain dengan tenang, dan menunjukkan kekuatan kami dalam perlawanan tersebut.”

    Aksi penyerang Bayern, Robert Lewandowski ketika menjaringkan gol kedua dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev. – AFP

    Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol dalam separuh masa kedua ketika dia menendang bola melayang masuk ke dalam gawang pasukan lawan daripada sebelah kiri, tetapi dia mengakui ia hanya satu kebetulan.

    “Ia bukan disengajakan, saya hanya ingin memberikan hantaran yang bagus. Teknik saya tidak berapa bagus,” katanya sambil memberikan senyuman.

    Jurulatih Dynamo Kiev, Mircea Lucescu memilih barisan pemain pertahanan yang khas untuk mengawal juara Bundesliga tersebut, tetapi pasukan lawan berjaya membolos benteng pertahanan mereka dalam masa 12 minit.

    Pemain depan Poland tersebut menjaringkan gol keduanya ketika Thomas Mueller memberikan hantaran melewati dua orang pemain pertahanan kepada Lewandowski dan menjaringkan gol dalam minit ke-27. Ini merupakan perlawanan Liga Juara-Juara ke-19 yang mana Lewandowski menjaringkan dua atau lebih gol.

    Sane nyaris menjaringkan gol sebanyak dua kali, sebelum Gnabry menyerang balas dan menjaringkan gol ketiga untuk Bayern dalam minit ke-68.

    Bayern menggantikan Lewandowski dalam perlawanan berbaki 11 minit terakhir dan pemain gantian Choupo-Moting berjaya untuk menjaringkan gol kelima terakhir untuk Bayern di saat-saat akhir itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda