BERLIN, 18 Feb – Robert Lewandowski menyempurnakan penalti pada minit ke-91 untuk memastikan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich meraih tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 di Wolfsburg semalam.
Kemenangan itu sekali gus melebarkan lagi pendahuluan mereka di puncak liga kelebihan 21 mata dan 13 kemenangan berturut-turut.
Dengan fikiran terarah kepada kunjungan Besiktas pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara pertengahan minggu, mereka telah merehatkan barisan pemain utama, namun hampir menerima padah.
Penyerang Wolfsburg, Daniel Didavi telah memberikan pasukan tuan rumah pendahuluan awal, sementara penalti pemian sayap Bayern, Arjen Robben diselamatkan di separuh masa kedua.
Bagaimanapun, tandukan Sandro Wagner pada minit ke-64 telah menjadikan kedudukan 1-1 sebelum pemain gantian, Lewandowski meledakkan gol kemenangan menerusi penalti.
“Semangat ini akan memenangi banyak perlawanan, meskipun ia tidak menyeronokkan. Berada di puncak liga pula menyeronokkan, pasukan ini hebat,” kata kaptern Bayern, Thomas Mueller.
Jurulatih Bayern, Jupp Heynckes menyenaraikan pasukan kedua, menyaksikan David Alaba, Jerome Boateng, Mats Hummels, Joshua Kimmich, Mueller and Lewandowski memulakan perlawanan di bangku simpanan.
Wolfsburg memanfaatkan permulaan hambar Bayern dengan jaringan Dodavi seawal minit kelapan selepas menerima hantaran lintang Yunus Malli.
Dalam perlawanan lain, Bayer Leverkusen melonjak ke tangga kedua selepas menewaskan Hamburg 2-1, sementara menanti keputusan RB Leipzig menentang Eintracht Frankfurt. – AFP