Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lewotobi Laki-Laki meletus lagi

    FLORES TIMUR, 5 NOV – Sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus lagi hari ini, mengeluarkan abu ke langit sehari selepas ia memuntahkan bebola api ke kawasan perkampungan yang mengakibatkan sembilan orang terbunuh.

    Gunung Lewotobi Laki-laki, sebuah gunung berapi kembar setinggi 1,703 meter yang terletak di pulau Flores yang popular sebagai destinasi pelancongan, memuntahkan batu api ke kawasan kediaman sepanjang malam kelmarin, membakar rumah-rumah kayu dan meninggalkan kesan di tanah.

    Pihak berkuasa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan puluhan yang lain cedera, tetapi hari ini jumlah itu dikurangkan satu.

    Lewotobi Laki-laki meletus lagi hari ini, mengeluarkan abu setinggi satu kilometer ke langit, menurut seorang wartawan AFP yang berada berhampiran gunung berapi tersebut.

    Tiada laporan segera mengenai kerosakan baharu kepada perkampungan di sekitar kawah.

    Agensi pencarian dan penyelamatan tempatan di bandar Maumere di Flores mengeluarkan kenyataan bahawa tiada penduduk yang dilaporkan hilang, tetapi penyelamat masih memeriksa serpihan gunung berapi sebagai langkah berjaga-jaga.

    Beberapa penduduk berhampiran yang kelihatan kekal di rumah mereka melarikan diri dengan trak selepas letusan terbaru, menurut wartawan tersebut. – AFP

    Penduduk kampung melarikan diri semasa letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki, sehari selepas letusan sebelumnya, di Kampung Boru, di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda