Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Lexus RX baharu lebih menawan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Lexus Brunei malam tadi telah mengumumkan model generasi baharu RX pada Majlis Pra-tonton Media dan Pelancaran Lexus RX yang berlangsung di bilik pamerannya di Gadong.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin.

    Penerangan mengenai Lexus RX serba baharu itu telah dibuat oleh wakil Lexus yang menekankan bahawa model terbaharu berkenaan menggabungkan pelbagai teknologi canggih dalam pakej rupa bentuk yang menawan.

    Generasi ke-5 SUV mewah berkenaan melalui pembaharuan sepenuhnya dengan rekaan muncung hadapan yang menampilkan reka bentuk terkini daripada Lexus.

    Lampu depan LED juga lebih tajam berbanding model sebelumnya, manakala reka bentuk kemasukan udara semakin membesar untuk menyerlahkan lagi gaya sportif.

    Haji Ahmad Omar dan Pengurus Jualan Kanan Lexus, Awang Muhammad Clovien bin Abdullah Timpoh bergambar bersama Lexus RX serba baharu yang diumumkan pada majlis pra-tonton media berkenaan. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

    Ia lebih lebar sedikit berbanding model generasi terdahulu, dengan jarak roda yang juga lebih panjang.

    Model berkenaan boleh didapati dengan skrin infotainment dengan saiz sama ada 9.8 inci atau 14 inci dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

    RX serba baharu ini direka dengan kawalan daya pacuan baharu dengan pusat graviti rendah dan pendirian tersendiri.

    Dari segi keselamatan, ia turut menawarkan sistem Lexus The Safe Exit Assist dengan Door Open Control yang mengesan kehadiran kenderaan dari belakang termasuk basikal, di mana sistem memaklumkan pemandu sambil menghalang pintu daripada terbuka.

    Turut tersedia adalah Safety System+ ADAS lengkap yang terdiri daripada Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Departure Alert (LDA), Abnormal Driver Condition Response System dan Proactive Driving Assist (PDA).

    Majlis pra-tonton berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh para pengamal media tempatan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lexux RX serba baharu berkenaan bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Lexus di Gadong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...