Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    LI ‘pahlawan makanan’ ketika perangi wabak

    BEIJING, 27 OKT – Buat julung kalinya, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memilih ‘pahlawan makanan’ dunia sempena Hari Makanan Sedunia yang disambut pada 16 Oktober.

    Gelaran itu diberikan kepada orang yang gigih menjalankan operasi pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan dan penjualan makanan ketika penularan pandemik COVID-19. Li Zhifang, 44, dari bandar Wuhan, wilayah Hubei merupakan satu-satunya warga China daripada 26 individu dan pertubuhan yang memperoleh hadiah tersebut di seluruh dunia.

    Beliau merangkap pengarah penjualan di Koperasi Pengeluaran dan Penjualan Sayur-Sayuran Qiangxin Wuhan. Selepas Wuhan ditutup akibat wabak COVID-19 pada 23 Januari, makanan dari luar sukar dibawa masuk ke bandar itu, sekali gus menjadikan bekalan bahan makanan untuk lebih sembilan juta orang menjadi cabaran.

    Beliau bertungkus lumus menghantar sayur-sayuran yang puratanya seberat lima hingga 10 tan sehari kepada penduduk di pelbagai komuniti perumahan, selain turut bergegas ke lebih 20 komuniti perumahan yang lain. Pada waktu puncak, beliau menghantar sayur-sayuran ke lebih 50 komuniti perumahan dan sepanjang tempoh itu, beliau biasanya bekerja bermula 8 pagi hingga 11 malam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda