Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liam Payne ambil pelbagai bahan terlarang sebelum maut

    Hasil ujian toksokilogi ke atas mayat Liam Payne mendapati pelbagai jenis bahan terlarang telah diambil oleh penyanyi itu sebelum meninggal dunia pada 16 Oktober lalu.

    Laporan menyebut salah satunya adalah kokain merah jambu yang merupakan dadah campuran methamphetamine, ketamin dan lain-lain bahan.

    Selain itu Liam juga turut mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin.

    Dia dipercayai mengambil bahan terlarang tersebut di dalam bilik hotel iaitu tempat dia menginap susulan penemuan paip aluminium buat sendiri di lokasi berkenaan.

    Liam yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction disahkan maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

    Mayatnya masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dibuat sebelum proses pengkebumian.

    Mayat Liam dijangka akan dibawa pulang ke England pada November depan. – Agensi

    Liam dikatakan mengambil bahan terlarang ketika menginap di hotel sebelum maut.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda