Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liam Payne maut lepas terjatuh dari balkoni hotel

    Bekas anggota kumpulan One Direction Liam Payne ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina kelmarin.

    Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

    Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat seorang lelaki di bahagian patio hotel berkenaan.

    Payne, 31, mencipta nama sebagai bintang terkenal selepas menyertai One Direction bersama empat ahli lain iaitu Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan and Louis Tomlinson.

    One Direction yang pernah menyertai program X Factor di United Kingdom pada 2010 bagaimanapun berpecah selepas enam tahun bersama untuk memberi fokus kepada projek solo.

    Bulan lalu, Payne dilihat menghadiri konsert rakannya iaitu Nail Horan di Buenos Aires dan penyanyi itu terbuka bercakap tentang masalah ketagihan dadah dan alkohol dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

    Pada Rabu, Payne sempat berkongsi percutiannya di Argentina dan dilihat banyak menghabiskan masa menunggang kuda, bermain polo selain bersiar-siar di sana.

    Malah dia turut memberitahu tidak sabar untuk pulang ke London bertemu dengan anjing kesayangannya. – Agensi

    Liam meninggal dunia pada usia 31 tahun. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda