Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 1 Ogos – Kumpulan Libasan Amal meneruskan kerja-kerja amalnya dengan bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Rendah (SR) Kiudang baru-baru ini.
Turut serta dalam gotong-royong tersebut ialah Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim yang juga salah seorang ahli kumpulan, bersama Guru Besar SR Kiudang, Awang Mohd Sofian bin Jais.
Ia merupakan kempen amal ke-33 yang dijalankan kumpulan berkenaan bagi membantu pelbagai pihak, terutamanya sekolah-sekolah berdekatan yang memerlukan bantuan dalam membersihkan kawasan persekitaran sekolah seperti memotong rumput dan membersihkan persekitarannya.
Ia juga dihasratkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai agensi dan penduduk sekitarnya selain menggalakkan orang kampung sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.
