Sunday, February 23, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Libya Airlines tangguh penerbangan ke Sudan

    TRIPOLI, 7 Nov – Syarikat milik negara Libya Airlines telah menangguhkan penerbangannya ke Sudan sehingga notis lanjut kerana masalah teknikal, kata syarikat itu hari ini.

    “Syarikat itu membatalkan semua penerbangan berjadual ke Sudan sehingga diberitahu kelak kerana masalah teknikal yang berkaitan dengan jadual penerbangan dan jam yang diperuntukkan untuk pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum,” kata jurucakap Libya Airlines Mohamed Gnewa kepada Xinhua.

    Syarikat itu telah memaklumkan kepada semua pelancong yang mempunyai tempahan penerbangan terdahulu sebelum ini, kata Gnewa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda