TRIPOLI, 1 OKT – Sebuah pesawat menuju Rom berlepas kelmarin dari ibu negara Libya, memulakan semula penerbangan ke Itali selepas sekatan hampir satu dekad kerana larangan Kesatuan Eropah (EU), kata pihak berkuasa di Tripoli.
EU pada 2014 menghentikan penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Libya dan melarang mereka daripada memasuki ruang udara negara ahli, ketika Libya yang dilanda peperangan itu terperangkap dalam pertempuran yang sengit.
Penerbangan kelmarin berlepas dari lapangan terbang Mitiga di Tripoli. Ia dikendalikan oleh Medsky Airways yang berpusat di Libya, yang menawarkan sambungan terus dua kali seminggu ke ibu negara Itali.
Memulakan penerbangan adalah “sebahagian daripada usaha kerajaan yang intensif untuk menghapuskan larangan Eropah terhadap penerbangan awam Libya,” kata kerajaan Libya yang diiktiraf oleh PBB di Facebook. – AFP